Tuesday, November 9, 2010

Maybank account





Donation(s) can also be done through Yayasan Al Ijabah's Maybank account:

56227 2300 250

Sunday, November 7, 2010

The man who is taking care of Nurasyikin.


USTAZ MUHAMMAD ABDULLAH


Beliau merupakan pendakwah, penceramah dan aktif di dalam memberi kursus dan kaunseling secara bebas selama lebih 10 tahun. Sebagai panelis Al-Kuliah, Al-Hidayah dan program Motivasi di TV3 dan juga program yang sedang bersiaran di TV9 iaitu 'Tanyalah Ustaz'. Kerjaya beliau sekarang adalah sebagai Peguam Syari'e dan Pengurus Arabic Language and Consultancy (ALC) disamping mengelola SM Tahfiz Al-Amin di Bandar Baru Sunway dan Rumah Anak Yatim Hafiz Al-Ijabah, Subang Jaya. Selain itu, Ustaz Mohammad juga melibatkan diri sebagai sukarelawan yang membantu tragedi dan bencana alam yang melanda Aceh, Pakistan, Jogjakarta dan Bengkulu.

This is where Nurasyikin eat and sleep.

Yayasan Al-Ijabah


No.1, Jalan USJ 4/9D, Subang Jaya, Selangor 

Yayasan Al-Ijabah merupakan sebuah badan bukan kerajaan (NGO) yang didaftarkan di bawah Jabatan Perdana Menteri (PPAB-02/2006). Yayasan ini menyediakan kemudahan asrama serta persekolahan bagi anak-anak yatim, anak orang susah/fakir serta anak mualaf. Oleh kerana kawasan serta asrama di Puchong yang ada agak terhad, maka asrama untuk pelajar perempuan telah di tempatkan di USJ 4, Subang Jaya.

This is Nurasyikin's school in Sunway.

المدرسة الاسلاميّة الشاطريّة الأمين

 

PUSAT PENDIDIKAN INTEGRASI ISLAM SRI PINTAR AL-AMIN
CENTRE OF INTEGRATED ISLAMIC EDUCATION

SEKOLAH RENDAH ISLAM

Pra - Sekolah hingga Tahun 6


SRI PINTAR AL-AMIN
ARAS 1, KOMPLEKS 3C , JALAN 11/2,
46150 BANDAR SUNWAY, SELANGOR
TEL /FAX : 03-56362656 HP : 019 - 2485352 / 017-3103008

Time is short. and so is her life..

Nur Asyikin's latest picture as at 7th November 2010
Gambar terbaru adik Nur Asyikin bertarikh 7hb November 2010

Apakah erti Penyakit Jantung Berlubang ? (Atrial septal defect)

Struktur cakera yang anjal dan lembut sebagai implan bagi menutup lubang pada jantung pesakit.

Kecacatan septal atrial (ASD) atau lebih dikenali sebagai jantung berlubang merupakan kecacatan jantung sejak lahir di mana dinding yang memisahkan antara kebuk jantung atas (atria) tidak mampu tertutup sepenuhnya.

Sewaktu kitaran janin berlaku, lazimnya terdapat ruang antara atria kanan dan kiri untuk membolehkan darah memintas paru-paru. Ruang ini bagaimanapun akan tertutup dengan sendirinya apabila bayi dilahirkan.

Perunding Kardiologi Pusat Perubatan Prince Court (PCMC), Prof. Dr. Yap Yee Guan berkata, kajian di Amerika Syarikat (AS) mendapati, kira-kira 3,000 bayi dari sejumlah 300 juta penduduk dilahirkan dengan kecacatan itu setiap tahun.

Manakala di Malaysia, beliau menganggarkan hampir 300 bayi menghidap ASD sejak dilahirkan dalam tempoh yang sama.

Sekiranya disahkan menghidap penyakit berkenaan, jangka hayat pesakit kemungkinan mampu menjangkau sekitar 20 hingga 30 tahun sahaja sekiranya keadaan itu tidak dirawat.

Ia disebabkan tekanan darah ke paru-paru akan meningkat manakala paras oksigen semakin menurun, Eisenmenger iaitu bengkak paru-paru berlaku atau terlalu lewat menjalani pembedahan pemindahan organ.

Justeru, pesakit ASD perlu mengawasi tanda-tanda penting dan menjalani pemeriksaan berkala bagi mengelak serangan Eisenmenger atau angin ahmar apabila darah beku mula terbentuk di otak.

"Darah yang mengandungi banyak oksigen dari jantung kiri akan memasuki kebuk (jantung) kanan, mengakibatkan dua jenis darah ini bercampur dan berkitar dalam jantung.

"Lama kelamaan, tekanan darah pada jantung kanan semakin meningkat sehingga jantung membengkak dan jika dibiarkan boleh mengakibatkan kerosakan paru-paru.

"Ketika ini, kulit pesakit menjadi kebiruan (sinosis) disebabkan kekurangan oksigen dalam darah dan pesakit menghadapi risiko meninggal dunia lebih awal jika keadaannya dibiarkan,'' jelas beliau.

Tanda-Tanda Dan Simptom

Yee Guan berkata, ciri-ciri simptom ASD bergantung kepada saiz lubang dan lokasinya pada jantung kanak-kanak berkenaan.

Malah kebanyakan kanak-kanak yang dilahirkan dengan ASD lazimnya kelihatan sihat dan tidak mengalami sebarang simptom.

Ini kerana, kata beliau, kira-kira 50 peratus kes jantung berlubang berkenaan akan tertutup sendiri pada tahun pertama kelahiran bayi berkenaan.

Bagaimanapun keadaan bayi akan diperiksa terlebih dahulu untuk memastikan saiz lubang tidak melebihi 7 milimeter (mm) atau terdapat bengkak pada jantung kanannya.

''Biasanya, saiz lubang yang kecil atau sederhana (kurang 7 mm) tidak akan memberi sebarang kesan kepada kesihatan pesakit sehingga usia remaja atau 30-an,'' jelasnya.

Bayi dan kanak-kanak yang mempunyai ASD yang lebih besar atau serius, kemungkinan mengalami simptom berkenaan;

- Sukar bernafas

- Senang letih apabila berjalan dan berlari

- Jantung berdebar

- Tiada stamina

- Kurang selera makan

- Pertumbuhan terbantut

- Masalah paru-paru dan jangkitan seperti pneumonia

What is Atrial septal defect?

Atrial septal defect

Atrial septal defect (ASD) is a form of congenital heart defect that enables blood flow between the left and right atria via the interatrial septum. The interatrial septum is the tissue that divides the right and left atria. Without this septum, or if there is a defect in this septum, it is possible for blood to travel from the left side of the heart to the right side of the heart, or vice versa. This results in the mixing of arterial and venous blood, which may or may not be clinically significant. This mixture of blood may or may not result in what is known as a "shunt". The amount of shunting present, if any, dictates hemodynamic significance (see Pathophysiology below). A "right-to-left-shunt" typically poses the more dangerous scenario (see Pathophysiology below).

The right side of the heart contains venous blood with a low oxygen content, and the left side of the heart contains arterial blood with a high oxygen content. A normal heart has an interatrial septum that prevents oxygen-rich blood and oxygen-deficient blood from mixing together.
During development of the fetus, the interatrial septum develops to separate the left and right atrium. However, the foramen ovale (pronounced /fɒˈreɪmən oʊˈvɑːli/) allows blood from the right atrium to the left atrium during fetal development. This opening allows blood to bypass the nonfunctional fetal lungs when the fetus obtains its oxygen from the placenta. A layer of tissue called the septum primum acts as a valve over the foramen ovale during fetal development. After birth, the pressure in the pulmonary circulatory system drops, thus causing the foramen ovale to close entirely. In approximately 25% of adults, the foramen ovale does not entirely seal. In this case, elevation of pressure in the pulmonary circulatory system (i.e.: pulmonary hypertension due to various causes, or transiently during a cough) can cause the foramen ovale to remain open. This is known as a patent foramen ovale (PFO).


 

 

Donation Needed !

Nur Asyikin Mohd Sohimi. Pesakit jantung berlubang yang memerlukan rawatan segera. Sumbangan amat digalakkan dengan izin Allah akhir tahun ini dia akan menjalani pembedahan. Anak kecil ini amat memerlukan bantuan dari orang ramai. Dengan bantuan anda, anak kecil ini mungkin dapat meneruskan hidup seperti kanak kanak lain. Sumbangan boleh disalurkan ke Yayasan Al-Ijabah CIMB 12070000026103 atau hubungi 0196003643 (P.A Ustaz Amin)

-

Nur Asyikin Mohd Sohimi. An 11 years old female who suffers from Atrial septal defect (ASD needs urgent treatment. Donations are encouraged and by the permission of Allah at the end of this year she will undergo surgery. The child is in dire need of help from the public. With your help, this child may be able to continue to live like other children.Thank you and God Bless. Jazzakallah Khair :)
Donations can be transferred to Y
ayasan Al-Ijabah CIMB 12070000026103 atau hubungi 0196003643 (P.A Ustaz Amin)